Wednesday, August 17, 2011

Tak faham.

Kadang kadang tu bila aku duduk sorang sorang banyak benda aku fikir.
Lagi lagi bulan puasa nie ada ja yang tak kena..
Bila fikir tu mulalah memikirkan benda yang jauh.
Bulan puasa nie sepatutnya kita kena sabar tapi sabar tu entah hilang kemana.
Aku punyalah tengok orang lain marah sana sini.
Yang aku nie elok boleh sabar terus hilang mood.
Boleh dikatakan hari hari macam nie bukan bulan puasa ja.
Kadang kadang tu benda yang kita takda point pun boleh jadi point.
Tak faham betul!! Serious tak tahulah kenapa jadi macam nie..
Buat apa pun serba tak kena..
Dekat rumah tu malas nak cakap.
Bukan aku nak terukkan sapa sapa.. 
Tapi ayah aku boleh dikatakan tiap tiap tahun perangai 
nak bad mood ja bila time puasa.
Lagi lagi dekat nak raya, mesti ada benda nak tarik muka dengan aku.
Rasanya takda benda pun aku nak buat dia sakit hati ke apa.
Tu satu hal..  
Kadang kadang salah orang lain pun aku yang jadi mangsa.
Boleh dikatakan aku nie bernasib malang sangat sangat!!
Aku rasa aku dah cukup baiklah dengar cakap orang.
Kadang kadang tu sampai aku tak kesiankan diri sendiri 
dan lebih kesiankan orang lain.
Tapi nie yang aku dapat balik? 
Haihhh teruknya sampai jadi macam nie..
Aku buat hal aku pun susah.. Tak tahu nak buat macamana dah.
Nak ambil hati orang ja, hati aku nie tak terjaga.. Macam tu eh?
Jadi baik susah, jadi jahat pun susah..
Bila aku mula melenting tahu pulak tak suka!!
Aku pun tak faham apa orang orang nie nak daripada aku?
Kehendak derang semua pun aku dah buat.. apa lagi?
Kehendak aku bila lagi?
Penatlah kalau macam nie..
Setakat nie allah saja tahu apa yang aku rasa.
Aku pun tak fahamlah dengan semua nie.
Rasa macam aku bodohkan diri sendiri pasal memikirkan 
kepentingan orang lain..
Ending dia mesti aku yang dapat susah.. Haihh

No comments:

Post a Comment