Thursday, August 18, 2011

Alhamdulillah.

Puasa tahun nie rasa cepat sangat masa tu berlalu, sedar sedar 
dah nak masuk hari yang ke 18 dah esok.
Puasa tahun nie pun alhamdulillah tak tinggal sangat.
Baru 2-3 hari ja kot tu pun betul betul dah tak tahan.
Cuaca pun kira okay lah sebab petang selalunya hujan, so sejuklah sikit.
Tahun nie jarang gi bazar ramadhan sebab dah tahu 
kat sana ramai budak budak yang saja nak jual muka.
Tiap tiap tahun pun macam tu.. Tak bosan ke tengok orang yang sama ja?
Harap lepas nie dah tak tinggal bila masuk hari yang ke 20 
sampailah hujung ramadhan nie.
Pejam celik pejam celik dah nak raya!! Gilaa lah!!
Tak sangka betul, rasa sekejap sangat. OH MY GORDDDDD!! HAHA!
Raya tahun nie pun maybe raya dekat ipoh sebab nenek pun ada sekali.
Rumah nie taklah rasa sunyi at least ada orang yang nak sembang 
dengan aku yang tak betul nie.. HAHA
Minggu nie pun last kerja.. Sambil online sambil suruh 
adik aku buat surat resign.
Mintak mintaklah derang masukkan gaji aku sebelum raya nie.. 
Harap sangat nie!! Haa! Gilaa apa raya takda duit?
Pasal yang dah lepas tu malas dah nak ingat.. Aku pun nak chill jugak, 
asyik naik angin ja nanti semua orang pun taknak kawan 
aku lepas nie.. Kan? Hehehe
So raya tahun nie paling simple kot tak beli banyak barang, 
pakai apa yang ada lagi.
Tengah tunggu duit insurans masuk ja sekarang nie.. 
Paling lewat pun time raya..
Lepas nie adalah duit sikit, lepas tu nak try buat bisnes 
yang boleh buat duit sikit.. 
Semoga doa doa aku nie termakbul lah. Aminnn.. Fuh fuhh!! Harap jugak nie!!
Okay lah, dah tak tahu nak tulis apa dah nie.. Selamat malam, ok bye!! <3

Wednesday, August 17, 2011

Tak faham.

Kadang kadang tu bila aku duduk sorang sorang banyak benda aku fikir.
Lagi lagi bulan puasa nie ada ja yang tak kena..
Bila fikir tu mulalah memikirkan benda yang jauh.
Bulan puasa nie sepatutnya kita kena sabar tapi sabar tu entah hilang kemana.
Aku punyalah tengok orang lain marah sana sini.
Yang aku nie elok boleh sabar terus hilang mood.
Boleh dikatakan hari hari macam nie bukan bulan puasa ja.
Kadang kadang tu benda yang kita takda point pun boleh jadi point.
Tak faham betul!! Serious tak tahulah kenapa jadi macam nie..
Buat apa pun serba tak kena..
Dekat rumah tu malas nak cakap.
Bukan aku nak terukkan sapa sapa.. 
Tapi ayah aku boleh dikatakan tiap tiap tahun perangai 
nak bad mood ja bila time puasa.
Lagi lagi dekat nak raya, mesti ada benda nak tarik muka dengan aku.
Rasanya takda benda pun aku nak buat dia sakit hati ke apa.
Tu satu hal..  
Kadang kadang salah orang lain pun aku yang jadi mangsa.
Boleh dikatakan aku nie bernasib malang sangat sangat!!
Aku rasa aku dah cukup baiklah dengar cakap orang.
Kadang kadang tu sampai aku tak kesiankan diri sendiri 
dan lebih kesiankan orang lain.
Tapi nie yang aku dapat balik? 
Haihhh teruknya sampai jadi macam nie..
Aku buat hal aku pun susah.. Tak tahu nak buat macamana dah.
Nak ambil hati orang ja, hati aku nie tak terjaga.. Macam tu eh?
Jadi baik susah, jadi jahat pun susah..
Bila aku mula melenting tahu pulak tak suka!!
Aku pun tak faham apa orang orang nie nak daripada aku?
Kehendak derang semua pun aku dah buat.. apa lagi?
Kehendak aku bila lagi?
Penatlah kalau macam nie..
Setakat nie allah saja tahu apa yang aku rasa.
Aku pun tak fahamlah dengan semua nie.
Rasa macam aku bodohkan diri sendiri pasal memikirkan 
kepentingan orang lain..
Ending dia mesti aku yang dapat susah.. Haihh