Thursday, August 18, 2011

Alhamdulillah.

Puasa tahun nie rasa cepat sangat masa tu berlalu, sedar sedar 
dah nak masuk hari yang ke 18 dah esok.
Puasa tahun nie pun alhamdulillah tak tinggal sangat.
Baru 2-3 hari ja kot tu pun betul betul dah tak tahan.
Cuaca pun kira okay lah sebab petang selalunya hujan, so sejuklah sikit.
Tahun nie jarang gi bazar ramadhan sebab dah tahu 
kat sana ramai budak budak yang saja nak jual muka.
Tiap tiap tahun pun macam tu.. Tak bosan ke tengok orang yang sama ja?
Harap lepas nie dah tak tinggal bila masuk hari yang ke 20 
sampailah hujung ramadhan nie.
Pejam celik pejam celik dah nak raya!! Gilaa lah!!
Tak sangka betul, rasa sekejap sangat. OH MY GORDDDDD!! HAHA!
Raya tahun nie pun maybe raya dekat ipoh sebab nenek pun ada sekali.
Rumah nie taklah rasa sunyi at least ada orang yang nak sembang 
dengan aku yang tak betul nie.. HAHA
Minggu nie pun last kerja.. Sambil online sambil suruh 
adik aku buat surat resign.
Mintak mintaklah derang masukkan gaji aku sebelum raya nie.. 
Harap sangat nie!! Haa! Gilaa apa raya takda duit?
Pasal yang dah lepas tu malas dah nak ingat.. Aku pun nak chill jugak, 
asyik naik angin ja nanti semua orang pun taknak kawan 
aku lepas nie.. Kan? Hehehe
So raya tahun nie paling simple kot tak beli banyak barang, 
pakai apa yang ada lagi.
Tengah tunggu duit insurans masuk ja sekarang nie.. 
Paling lewat pun time raya..
Lepas nie adalah duit sikit, lepas tu nak try buat bisnes 
yang boleh buat duit sikit.. 
Semoga doa doa aku nie termakbul lah. Aminnn.. Fuh fuhh!! Harap jugak nie!!
Okay lah, dah tak tahu nak tulis apa dah nie.. Selamat malam, ok bye!! <3

Wednesday, August 17, 2011

Tak faham.

Kadang kadang tu bila aku duduk sorang sorang banyak benda aku fikir.
Lagi lagi bulan puasa nie ada ja yang tak kena..
Bila fikir tu mulalah memikirkan benda yang jauh.
Bulan puasa nie sepatutnya kita kena sabar tapi sabar tu entah hilang kemana.
Aku punyalah tengok orang lain marah sana sini.
Yang aku nie elok boleh sabar terus hilang mood.
Boleh dikatakan hari hari macam nie bukan bulan puasa ja.
Kadang kadang tu benda yang kita takda point pun boleh jadi point.
Tak faham betul!! Serious tak tahulah kenapa jadi macam nie..
Buat apa pun serba tak kena..
Dekat rumah tu malas nak cakap.
Bukan aku nak terukkan sapa sapa.. 
Tapi ayah aku boleh dikatakan tiap tiap tahun perangai 
nak bad mood ja bila time puasa.
Lagi lagi dekat nak raya, mesti ada benda nak tarik muka dengan aku.
Rasanya takda benda pun aku nak buat dia sakit hati ke apa.
Tu satu hal..  
Kadang kadang salah orang lain pun aku yang jadi mangsa.
Boleh dikatakan aku nie bernasib malang sangat sangat!!
Aku rasa aku dah cukup baiklah dengar cakap orang.
Kadang kadang tu sampai aku tak kesiankan diri sendiri 
dan lebih kesiankan orang lain.
Tapi nie yang aku dapat balik? 
Haihhh teruknya sampai jadi macam nie..
Aku buat hal aku pun susah.. Tak tahu nak buat macamana dah.
Nak ambil hati orang ja, hati aku nie tak terjaga.. Macam tu eh?
Jadi baik susah, jadi jahat pun susah..
Bila aku mula melenting tahu pulak tak suka!!
Aku pun tak faham apa orang orang nie nak daripada aku?
Kehendak derang semua pun aku dah buat.. apa lagi?
Kehendak aku bila lagi?
Penatlah kalau macam nie..
Setakat nie allah saja tahu apa yang aku rasa.
Aku pun tak fahamlah dengan semua nie.
Rasa macam aku bodohkan diri sendiri pasal memikirkan 
kepentingan orang lain..
Ending dia mesti aku yang dapat susah.. Haihh

Sunday, July 31, 2011

Mereka sangat penting dalam hidup saya

Saya sangat sayang mereka.
Mereka adalah Ibubapa saya.
Tanpa mereka tiadalah saya disini sekarang.
Mereka terlalu baik bagi saya.
Saya saja tidak pernah menghargai mereka.
Mulai saat ini saya akan menjaga mereka seperti mana 
mereka menjaga saya selama ini.
Saya rela membuat apa saja untuk mereka.
Asalkan mereka bahagia.
Sayangilah Ibubapa anda.
Apa pun terjadi mereka tetap Ibubapa anda.
Dan saya sangat menyanyangi mereka.
Mereka adalah dunia saya.
I love you Mak, Ayah..


Mak, Ayah.. kalau faried takda pun faried nak mak dengan ayah tahu yang faried sayang sangat dekat mak dengan ayah.. sorry lah pasal faried dah buat mak dengan ayah susah selama nie.. I love you! ;')

Saturday, July 23, 2011

Rimas

Aku runsing dengan orang yang banyak bunyi nie..
Ada ja tak kena.. Nak marah itu nak marah ini, tak pasal pasal..
Semua tempat aku pergi sama ja. Mesti tak lari jumpa orang macam nie.
Dekat tempat kerja macam nie, kat rumah pun macam nie.
Silap hari bulan aku tumbang ja.. Aku dah lah tak sehat.
Bukannya aku buat apa pun.
Pasal sikit nak kecoh kecoh.. Runsing tahu tak!!
Macamanalah aku tak kena darah tinggi.
Stressed aku macam nie kalau hari hari sama ja..
Kadang kadang tu orang lain punya pasal aku pulak kena.
Yang korang gi marah marah tu sapa suruh?
Fikir marah korang ja?
Aku nie tempered jugak, tapi aku nak slow down.
Bila dah jadi macam nie aku lagilah rasa down gilaa.
Kadang kadang tu korang cakap tak pakai otaklah!!
Cakap dulu baru fikir lepas tu baru menyesal..
Aku rimas dengan orang macam nie.
Serious rimas!! Ok bye!!

Friday, July 8, 2011

Manusia cepat berubah pasal duit.

Memang!
Tambah pulak dah jadi kaya raya.
Kalaulah aku ada duit, aku buat biasa biasa ja.
Buat apa nak jadi bongkak, action lebih, berlagak suci? Busit semua tu!
Buat relax sudahlah.. Tak kemana pun semua tu kan?
Harta tak boleh bawak masuk kubur pun.. Jangan risaulah!!
Tapi bukan semua yang macam tu, adalah "sikit" yang jadi macam tu.
Yang terasa tu sorry ya.. Tak maksudkan pun cuma mengingatkan saja!!
Kebanyakkan yang jadi macam tu pun dari bangsa sendiri jugak.
Kenapalah nak jadi macam tu eh?
Bukan ke dalam islam nie suruh hidup simple ja?
Simple tula yang paling senang nak buat.. Haihh
Kalau aku ada duit pun, aku beli apa yang patut dan apa yang aku nak ja.
Tak perlu nak tayang duit yang berlambak lambak sangat tu!!
Dengan zaman sekarang nie pencuri merata rata.
Tak takut ke kena rembat duit tu? HAHA
Low profile lagi best, ada duit ke takda duit ke buat biasa senang.
Orang pun akan respect kita kalau kita pandai manage diri kita.
So orang pun lagi suka berkawan dengan orang macam tu.
Dan yang tak berkira pasal duit pun boleh buat kawan tapi janganlah pulak gunakan dia.
Rabak sial poket dia nanti!! Hehehe
Tula pasal duit nie orang boleh buat macam macam.
Boleh bergaduh, bertumbuk yang paling menakutkan main bunuh bunuh.. Dasyat betul!
So pandai pandailah manage duit yang ada tu.. 
Jangan pulak perhabiskan duit tu tak tentu hala.
Duit memanglah boleh cari, tapi kalau dah kaya sangat tak kisahlah.
Just mengingatkan untuk orang orang yang perangai bagai nie.
Tapi kalau duit banyak tak guna kalau attitude macam celaka!
Nanti kena cop "tokan dadah yang bongkak" pulak! HAHA
So jangan lupa diri bila dah senang. That' all. ;-)

Faried Othman.<3

Friday, June 10, 2011

Senyum Lagi

Tiap bulan hutang bersepah, tenangnyaaaa hidup!!
Tiap tiap bulan nak kena bayar itu, bayar inilah.
Kalau duduk rumah goyang t**** lagi lah tak dapat apa.. Mendapat lagi adaaa!
Kadang kadang boring jugak life macam nie kan..
Macam kena kerja semata mata untuk bayar benda yang remeh temeh pulak.
Tapi yang remeh temeh nie lah yang buat kita jadi gilaa!


Senyum sampai gilaa!!,
faried othman.

Tuesday, June 7, 2011

Never Gonna Leave This Bed by Maroon 5

You push me
I don't have the strength to
Resist or control you
So take me down, take me down

You hurt me
But do I deserve this?
You make me so nerveous
Calm me down, calm me down

Wake you up
In the middle of the night to say
I will never walk away again
I'm never gonna leave this bed, oh

So come here
And never leave this place
Perfection of your face
Slows me down, slows me down

So fall down
I need you to trust me
Go easy, don't rush me
Help me out, why don't you help me out?

Wake you up
In the middle of the night to say
I will never walk away again
I'm never gonna leave this bed

So you say "Go, it isn't working"
And I say "No, isn't perfect"
So I'll stay instead
I'm never gonna leave this bed

Take it, take it all
Take all that I have
I'd give it all away just to get you back

And fake it, fake it all
Take what I can get

Knocking so loud
Can you hear me yet
Try to stay away but you can't forget


*I think this song about a couple who had broken up. but make peace however the guy may already taken. the part " you say "go, it isn't working" shows that guy may have another girl. but the couple still in love with each other and it makes stuff complicated. 
But I do love this song from new album by maroon 5! ;-)